31 October 2012

Karnival Perpaduan (Minggu Perpaduan) JPNIN Daerah Gombak

Karnival ini telah dilaksanakan pada 20 Oktober 2012 (Sabtu) bertempat di Pusat Rukun Tetangga Kg. Melayu Wira Damai. Antara Pengisian program adalah Pertandingan Membaca dan Bercerita  Peringkat Akhir, Acara Kanak-Kanak (Mewarna, Lego dan Kolaj Bunga Raya), Senamrobik Perpaduan, Ceramah Kesihatan dan Gerai Jualan.
 
Selain itu, program juga turut menyelitkan penyerahan cenderahati dan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan di peringkat Daerah Gombak. Antaranya adalah pemenang Pertandingan KRT Tercantik sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Bowling Rukun Tetangga Peringkat Daerah Gombak, Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Tabika Perpaduan, Pertandingan Membaca dan Bercerita Kanak-Kanak Tabika Perpaduan, Pertandingan Kanak-Kanak (Mewarna, Lego dan Kolaj Bunga Raya) serta Pertandingan Gerai Jiran Wanita Tercantik.
 
Program telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Tn. Hj. Abdul Halim bin Omar, Pengarah JPNIN Selangor merangkap perasmian bangunan Pusat Rukun Tetangga Kg. Melayu Wira Damai dan Perpustakaan Permainan JPNIN Gombak.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan program tersebut. Syabas!!
 
 

11 October 2012

Pertandingan Membaca & Bercerita Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Anjuran JPNIN Daerah Gombak 2012

Satu Pertandingan Membaca & Bercerita Kanak-Kanak Tabika Perpaduan anjuran JPNIN Daerah Gombak telah dijalankan pada 9 & 10 Oktober 2012 yang lepas. Pertandingan ini dijalankan di Perpustakaan Permainan JPNIN Gombak di Kg. Melayu Wira Damai. Seramai 57 orang kanak-kanak Tabika Perpaduan dalam Daerah Gombak menyertai Pertandingan Membaca dan Bercerita ini.

JPNIN Daerah Gombak juga telah menjemput Pegawai Perpustakaan Daerah Gombak Pn. Nor Chempawan sebagai salah seorang dari panel juri untuk perrtandingan ini. Pertandingan yang berlansung selama dua hari ini (Saringan) akan bersambung pada 20/21 Oktober 2012 (Akhir). Di mana para peserta kanak-kanak yang layak ke peringkat akhir akan berjuang berhabis-habisan untuk menentukan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.


    
*Syabas kepada Ahli Jawatankuasa Pertandingan dalam menjayakan pertandingan ini.

KRT Danau Rebung Capai Kejayaan Raih Tempat Ke-2 Keseluruhan Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor

Sukacita dan dengan hormatnya dimaklumkan bahawa KRT Danau Rebung telah memenangi tempat ke-2 sebagai Naib Johan dalam Pertandingan akhir KRT Tercantik bersempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor. Tahniah!

Kemenangan KRT Danau Rebung ini sekaligus membuktikan bahawa kawasan Rukun Tetangga di Daerah Gombak juga mampu bersaing dengan jayanya. Kejayaan KRT Danau Rebung ini sekaligus membanggakan seluruh masyarakat Daerah Gombak amnya dan JPNIN Daerah Gombak khususnya.

Semoga kemenangan ini dapat dijadikan inspirasi bagi KRT-KRT lain dalam Daerah Gombak untuk terus memajukan KRT mereka seterusnya dapat menjadikan KRT sebagai antara entiti utama dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan membantu dalam penyampaian dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat.   Go... Gombak... Go...

4 October 2012

Pertandingan Kercerian dan Kebersihan Tabika Perpaduan 2012 anjuran JPNIN Daaerah Gombak

Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Tabika Perpaduan 2012 anjuran pihak JPNIN Daerah Gombak telah dilaksanakan pada  11-13 (Zon Gombak & Batu Caves) & 18-20 (Zon Sg. Buloh & Rawang) September 2012 yang lepas dan penilaian peringkat akhir pada 27 & 28 September 2012.

Tahniah dan syabas kepada 3 kelas dari Zon Gombak & Batu Caves dan 3 kelas dari Zon Sg. Buloh & Rawang yang telah layak bersaing ke peringkat akhir pada 27 & 28 September 2012. 3 buah kelas terbaik dari 6 kelas yang layak akan dipilih oleh panel penilai untuk memenangi tempat ketiga hingga johan dalam pertandingan ini.

6 kelas Tabika Perpaduan yang layak ke peringkat akhir ialah :-
    
          Zon Sg. Buloh & Rawang
  1. TP Taman Tun Teja A
  2. TP Birchwood Court
  3. TP Pusat Kawalan Kusta Negara
          Zon Gombak & Batu Caves
  1. TP Kg. Tengah Lembah A
  2. TP Taman Sri Gombak A
  3. TP Pangsapuri Nuri
Kelas yang berjaya memenangi pertandingan ini adalah:-

Johan = TP Taman Sri Gombak A
N. Johan = TP Kg. Tengah Lembah A
Ketiga = TP Taman Tun Teja A

Tahniah dan Syabas Diucapkan.


Berikut adalah gambar Pertandingan Tabika Perpaduan tercantik :-


















Pertandingan KRT Tercantik Bersempena dengan Kempen Kibar Jalur Gemilang

Pertandingan KRT Tercantik bersempena dengan Kempen Kibar Jalur Gemilang telah dilaksanakan pada 1 Ogos hingga 6 September 2012. Pertandingan ini telah disertai lebih dari 12 buah KRT dalam Daerah Gombak yang bersaing untuk mewakili Daerah Gombak ke pertandingan peringkat negeri Selangor.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat melalui penglibatan Kawasan Rukun Tetangga dan setiap individu dalam komuniti setempat agar melibatkan diri dengan iltizam yang tinggi dalam Kibar Kempen Jalur Gemilang.

Tuah kepada KRT Pangsapuri Danau Rebung yang telah memenangi tempat pertama sekaligus menjadi wakil daerah Gombak ke Pertandingan KRT Tercantik di Peringkat Negeri Selangor. Tempat kedua pula dimenangi oleh KRT Azalea Court manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh KRT Pansapuri Bukit Baru. Syabas dan Tahniah!