23 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
 ~ Daripada Semua Warga JPNIN Daerah Gombak ~
 

22 August 2011

Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak

Program telah dilaksanakan pada 26 Jun 2011 (Ahad) bertempat di Padang Sek. Berasrama Penuh Integrasi Sg. Pusu, Gombak. Ianya merupakan program tahunan kanak-kanak Tabika Perpaduan di Daerah Gombak. Perasmian program pula telah disempurnakan oleh Pn. Salasiah Hashim iaitu Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.

Seramai 530 orang kanak-kanak Tabika Perpaduan dengan anggaran kehadiran 1,200 orang audien dalam kalangan penjaga/ibu-bapa yang turut hadir untuk meraikan anak masing-masing.

Program juga dilihat telah dapat memberi peluang kepada kanak-kanak Tabika Perpaduan menunjukkan bakat dan membentuk semangat kerjasama dalam kalangan mereka. Selain mendorong sikap bersemangat juang dan kesukanan, aktiviti ini juga secara tidak langsung menggalakkan kanak-kanak dalam pembinaan badan yang sihat dan fizikal yang kuat.

Syabas dan tahniah kepada semua Jawatankuasa  Program yang diketuai oleh Pn. Rahmah Mat Nayan yang dapat melaksanakan program dengan meriah dan jayanya. Semoga ikatan muhibbah yang bersemi semasa pelaksanaan program tersebut dapat mewujudkan hubungan perpaduan yang lebih erat dalam kalangan warga perpaduan.

Wakil Guru Besar Sekolah yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang tinggi

"Anak-Anak Berjaya Matlamat Kita" 




Lintas Hormat/Perbarisan Yang Penuh Bersemangat

Ikrar Anak Tabika Perpaduan


Bantu Membantu Dalam Keceriaan..

Perbarisan Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2011