31 July 2012

Mesyuarat Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Daerah Gombak Bil 1/2012

   Pada tarikh 19 Februari 2012 yang lepas, satu Mesyuarat Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Daerah Gombak telah dilaksanakan di Dewan Taman Permata A, Hulu Klang. Mesyuarat dihadiri oleh pengerusi-pengerusi KRT Daerah Gombak serta pegawai dan staff JPNIN Daerah Gombak.

Mesyuarat Guru Dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak Bil 3/2012

    Pada tarikh 13 Jun 2012 yang lepas, satu mesyuarat Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak kali ke-3 telah diadakan di Tabika Perpaduan Pangsapuri Birchwood Court, Selangor. Mesyuarat telah dihadiri oleh Guru dan Penolong Guru Daerah Gombak serta pegawai dan staff JPNIN Gombak. 

Mesyuarat Guru Dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak Bil 2/2012

    Pada tarikh 29 Mac 2012 yang lepas, satu mesyuarat Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak kali ke-2 telah diadakan di Tabika Perpaduan Taman Sri Gombak A, Selangor. Mesyuarat telah dihadiri oleh Guru dan Penolong Guru Daerah Gombak serta pegawai dan staff JPNIN Gombak. 

Mesyuarat Guru Dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak Bil 1/2012

    Pada tarikh 20 Januari 2012 yang lepas, satu Mesyuarat Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah diadakan di Tabika Perpaduan Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Batu Caves, Selangor. Mesyuarat telah dihadiri oleh Guru dan Penolong Guru Daerah Gombak serta pegawai dan staff JPNIN Gombak. 

19 July 2012

Bengkel Kebersihan Dan Keceriaan Kelas Tabika Perpaduan Pada 30 Jun 2012

  Pada 30 Jun 2012 yang lepas, satu Program Bengkel Kebersihan dan Keceriaan Tabika Perpaduan telah diadakan di Tabika Perpaduan Kg. Laksamana. Program anjuran JPNIN Gombak ini adalah untuk para Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan. Penceramah jemputan untuk program ini ialah Pn. Hairizah Bt. Mahmood.

Guru dan Pen. Guru sedang Khuysuk mendengar ceramah

Pn. Hairizah Bt. Mahmood kelihatan sedang besiap sedia untuk memberi ceramah

Kelihatan Pn Salasiah sedang memberi taklimat kepada Guru dan Penolong Guru

17 July 2012

Program Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Gombak pada 15 Julai 2012

 Pada  hari ahad 15/7/2012 yang lepas, satu program Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Gombak telah dijalankan di Padang Institut Kraf Negara, Templer Park, Selangor. Acara yang julung kalinya diadakan ini disertai lebih kurang 500 lebih kanak-kanak dari seluruh Tabika Perpaduan dalam daerah Gombak. Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa yang turut hadir untuk melihat anak-anak mereka menyertai aktiviti sukaneka ini. Program ini telah dirasmikan oleh Pn.Syuhairah Binti Abdul Sukor.



Program Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak 2012

Pn. Syuhairah merasmikan program Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat daerah Gombak


Sebahagian dari Para Ibu Bapa yang hadir di Program ini.

Pelajar-pelajar Tabika Perpaduan sedang berlumba untuk memenuhkan bakul dalam acara Penuhkan saya

Perarakan keluar para pelajar Tabika Perpaduan bersama Guru dan Pen. Guru.

16 July 2012

Bengkel Pengurusan Keselamatan Guru dan Penolong Guru daerah Gombak pada 30 Jun 2012

     Pada 30/6/2012 yang lepas, satu bengkel Pengurusan Keselamatan Guru dan Penolong Guru Daerah Gombak telah dianjurkan oleh pihak JPNIN Gombak bertempat di Tabika Perpaduan Kg. Laksamana, Selayang. Seramai 24 orang Guru dan Penolomg Guru Tabika Perpaduan telah menghadiri program ini. Penceramah jemputan untuk bengkel ini ialah En. Ahmad, pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Gombak. 

Guru dan Penolong Guru sedang khusyuk mendengar penerangan dari En. Ahmad

Pengerusi Majlis menyerahkan cenderamata kepada En. Ahmad


Wakil Bomba dan Penyelamat sedang menerangkan sesuatu kepada peserta bengkel


12 July 2012

Pertandingan KRT Tercantik bagi Daerah Gombak

Untuk Makluman semua KRT, satu Pertandingan KRT tercantik akan diadakan bagi peringkat Daerah Gombak bermula pada bulan Jun sehingga bulan September 2012.  Borang penyertaan boleh dikemukakan melalui surat/telefon/emel atau menghantar sendiri ke pejabat JPNIN Daerah Gombak sebelum atau pada tarikh 26 Julai 2012. 

Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Daerah pada 15/7/2012

Jemputan dalam program Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Daerah pada "15/7/2012" bertempat di Institut Kraf Malaysia, Templer Park, Rawang. Semua warga daerah Gombak dijemput hadir untuk memeriahkan program tersebut. Pelbagai acara menarik dan gerai jualan akan diadakan oleh pihak penganjur.

Bengkel Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan pada 7 Julai 2012

    Pada 7 Julai 2012, JPNIN Gombak telah melaksanakan Bengkel Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) bertempat di Tabika Perpaduan Taman Bersatu B, Rawang. Tujuan pelaksanaannya untuk meningkatkan pengetahuan, ilmu dan kemahiran Guru dan Pen. Guru Tabika Perpaduan khususnya dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Penceramah terlibat adalah Jurulatih Utama Selangor iaitu Pn. Hajjah Rohana Bt. Mohd Yusof dengan bilangan penyertaan seramai 31 orang.

Bengkel Keselamatan, Kebersihan Dan Keceriaan Daerah Gombak pada 23 Jun 2012


      Pada 23 Jun 2012 JPNIN Gombak telah mengadakan Bengkel Keselamatan, Kebersihan Dan Keceriaan bertempat di Tabika Perpaduan Kampung Laksamana. Pelaksaannya bertujuan memberi pendedahan kepada Guru dan Pen. Guru dalam aspek Keselamatan, Kebersihan Dan Keceriaan di kelas Tabika.

Bengkel Multiple Intelligence Pada 17 Mei 2012

Pada 17 Mei 2012 JPNIN Gombak telah melaksanakan Bengkel Multiple Intelligence (Kecerdasan Pelbagai) bertempat di Tabika Perpaduan  Taman Sri Gombak A. Seramai 32 orang Guru dan Pen. Guru telah mengikuti program ini. Penceramah jemputan yang mengendalikan bengkel adalah Pensyarah IPG iaitu Pn. Che ‘Mah Bt. Yusof.   



Bengkel Pengurusan Aset dan Rekod pada 12 Mei 2012

      Bengkel Pengurusan Aset dan Rekod telah dilaksanakan pada 12/5/2012 bertempat di Tabika Perpaduan Kg. Tengah Lembah B. Seramai 32 orang Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan terlibat dalam bengkel ini.


Program Bengkel Pengurusan Aset dan Rekod bertempat di Tabika Perpaduan Kg. Tengah Lembah

Guru dan Penolong Guru begitu khusyuk mendengar ceramah dari penceramah jemputan

Pengerusi Majlis menyampaikan cenderahati kepada penceamah jemputan En. Nazrul


Pengenalan kepada Skim Rukun Tetangga (RT)


Pengenalan Skim Rukun Tetangga

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Jun 2012 , sebanyak 748 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan di negeri Selangor. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.

Logo Rukun Tetangga



Pengertian Logo
Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara. 



  1. Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
  1. Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab
  1. 5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
  1. 2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  1. Garisan Berwarna Merah
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  1. Segi Tiga Berwarna Kuning
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
  1. Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
  1. Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.

Bengkel Reproduktif / Keselamatan Sosial Daerah Gombak pada 10 Mei 2012

Pada tarikh 10 Mei 2012 yang lepas, satu Bengkel Kesihatan Reproduktif / Keselamatan Sosial Daerah Gombak telah diadakan. Program berbentuk bengkel/Ceramah ini dijalankan pada pukul 2.30 petang pada tarikh tersebut dan program ini diadakan di Kelas Tabika Perpaduan Taman Sri Gombak A. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Daerah Gombak.Penceramah jemputan program ialah Puan Hajjah Rohana Bt. Mohd Yusoff.



Penceramah jemputan Pn. Hajjah Rohana Bt. Mohd Yusof sedang menyampaikan taklimat

Guru dan Penolong Guru sedang khusyuk mendengar ceramah

Guru dan Penolong Guru sedang mendengar ceramah

Bengkel Pengurusan Rukun Tetangga (RT) Pada 24 Jun 2012

  Pada  24 Jun 2012, JPNIN Gombak telah mengadakan Bengkel Pengurusan Rukun Tetangga (RT) - Siri 1 yang telah diadakan di Dewan Auditorium FRIM, Kepong. Pelaksanaannya bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada AJK Rukun Tetangga khususnya dalam tatacara pentadbiran, pengendalian dan pelaksanaan aktiviti/program Rukun Tetangga. Bengkel ini adalah anjuran pihak JPNIN Gombak untuk ahli KRT daerah Gombak.

11 July 2012

Sambutan Hari Guru Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Gombak pada 16/5/2012

Sambutan Hari Guru Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Gombak tahun 2012 telah diadakan pada tarikh 16/5/2012 bertempat di Restoran Pak Tam, Bandar Baru Selayang. Program bermula pada 2.30 petang sehingga pukul 5.30 petang. Pelaksanaan program adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan para Guru Tabika ini dalam mendidik anak bangsa.




Sambutan Hari Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak 2012
En. Suffian@Nazri B. Bari memberi hadiah kepada salah seorang Guru

Pn. Salasiah memberi hadiah kepada salah seorang Guru

Majlis Anugerah dan Penghargaan RT/ SRS/ Mediator Komuniti 19/2/2012

Majlis Anugerah dan Penghargaan Sukarelawan RT/ SRS/ Mediator Komuniti telah dilaksanakan pada 19 Februari 2012 bertempat di Dewan Taman Permata A, Hulu Kelang.  Program dilaksanakan bagi menghargai sumbangan dan jasa kebaktian mereka yang giat dalam aktiviti kemasyarakatan. Pengarah JPNIN Selangor iaitu  Y. Bhg. Tn. Hj. Abdul Halim Bin Omar telah menyempurnakan majlis dan penganugerahan tersebut. 


Antara Penerima Anugerah dan Penghargaan

Kelihatan Pegawai JPNIN daerah Gombak sedang memberi ucapan (Pn. Salasiah Bt. Hashim)

Y. Bhg. Tuan Hj. Abdul Halim B. Omar sedang memberi ucapan.