17 July 2012

Program Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Gombak pada 15 Julai 2012

 Pada  hari ahad 15/7/2012 yang lepas, satu program Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Gombak telah dijalankan di Padang Institut Kraf Negara, Templer Park, Selangor. Acara yang julung kalinya diadakan ini disertai lebih kurang 500 lebih kanak-kanak dari seluruh Tabika Perpaduan dalam daerah Gombak. Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa yang turut hadir untuk melihat anak-anak mereka menyertai aktiviti sukaneka ini. Program ini telah dirasmikan oleh Pn.Syuhairah Binti Abdul Sukor.



Program Sukaneka Tabika Perpaduan Daerah Gombak 2012

Pn. Syuhairah merasmikan program Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat daerah Gombak


Sebahagian dari Para Ibu Bapa yang hadir di Program ini.

Pelajar-pelajar Tabika Perpaduan sedang berlumba untuk memenuhkan bakul dalam acara Penuhkan saya

Perarakan keluar para pelajar Tabika Perpaduan bersama Guru dan Pen. Guru.