13 December 2011

Hari Graduan dan Tabikarama Tabika Perpaduan JPNIN Gombak

Program telah dilaksanakan dengan meriahnya pada 13 November 2011 bertempat di Dewan UIA, Gombak. Seramai lebih kurang 515 orang kanak-kanak telah diraikan dalam majlis tersebut dengan jumlah kehadiran lebih kurang 1000 orang audien dalam kalangan ibu bapa/penjaga dan masyarakat setempat.


Perasmian Oleh Pn. Salasiah Hashim, Pegawai Perpaduan Daerah Gombak

Kehadiran Ibu Bapa dan Masyarakat Tempatan Yang Memeriahkan Dewan


Gembiranya Kami!!...
Suasana di luar dewan semasa persiapan persembahan kanak-kanak


Merdekaraya JPNIN Gombak 2011


Perasmian majlis disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Azman Amin bin Hassan Ketua Pengarah JPNIN


Majlis Sambutan Merdeka Raya 2011 Daerah Gombak telah dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Dianggarkan  1,000 orang telah menghadiri majlis tersebut. Majlis  telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional pada 25 September 2011 (Ahad) bertempat di Hadapan Tasik Taman Bersatu B, Rawang.

Beberapa agensi Kerajaan dan Swasta turut mengadakan pameran antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Di Raja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan penjara Malaysia dan Agensi Swasta. Antara pengisian program ini adalah pertandingan-pertandingan seperti pertandingan Larian Kemerdekaan, Pertandingan Memasak Rendang dan Kek Merdeka, Congkak, Puzzle, Bongkah dan Mewarna dan pameran-pameran agensi terlibat.

Alhamdulillah majlis telah dilaksanakan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang kerana ia dapat membantu dalam merapatkan lagi ikatan silaturrahim di antara semua masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.


Program Semarak Rukun Negara



Program Pelajar Bersama Masyarakat yang merupakan  satu program di bawah Semarak Rukun Negara telah dilaksanakan pada 10 November 2011. Seramai 73 orang pelajar Kelab Rukun Negara (KRN) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan 4 buah kelas Tabika Perpaduan (TP Kg Melayu Wira Damai,  TP Taman Prima Selayang,   TP Pangsapuri Nuri dan TP Matang Pagar) telah terlibat dalam pelaksanaannya.   Antara tujuan pelaksanaan program tersebut adalah untuk memupuk dan membina daya kepimpinan dan kemahiran diri, mengukuhkan nilai-nilai agama, kekeluargaan dan kejiranan, memberi peluang dan ruang interaksi kepada pelajar-pelajar dan Ahli-Ahli Rukun Tetangga serta memupuk semangat setiakawan dalam kalangan pelajar-pelajar.