13 December 2011

Merdekaraya JPNIN Gombak 2011


Perasmian majlis disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Azman Amin bin Hassan Ketua Pengarah JPNIN


Majlis Sambutan Merdeka Raya 2011 Daerah Gombak telah dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Dianggarkan  1,000 orang telah menghadiri majlis tersebut. Majlis  telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional pada 25 September 2011 (Ahad) bertempat di Hadapan Tasik Taman Bersatu B, Rawang.

Beberapa agensi Kerajaan dan Swasta turut mengadakan pameran antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Di Raja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan penjara Malaysia dan Agensi Swasta. Antara pengisian program ini adalah pertandingan-pertandingan seperti pertandingan Larian Kemerdekaan, Pertandingan Memasak Rendang dan Kek Merdeka, Congkak, Puzzle, Bongkah dan Mewarna dan pameran-pameran agensi terlibat.

Alhamdulillah majlis telah dilaksanakan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang kerana ia dapat membantu dalam merapatkan lagi ikatan silaturrahim di antara semua masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.