26 December 2012

Mesyuarat Pengerusi KRT Daerah Gombak 2012

Pada 08/12/2012 (Sabtu), mesyuarat pengerusi-pengerusi RT telah diadakan pada pukul 2.00 petang bertempat di Bukit Beruntung golf & Country Club. Pengerusi dan wakil-wakil AJK RT telah hadir untuk mesyuarat kali ini. Mesyuarat dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah  dan semua Pegawai Zon di Daerah Gombak.

Bengkel Akta Rukun Tetangga 2012

  Pada 8/12/2012 (Sabtu) yang lalu satu bengkel Akta Rukun Tetangga telah dijalankan oleh pihak JPNIN Daerah Gombak di Bukit Beruntung Golf Club & Resort. Kehadiran peserta yang ramai menandakan bengkel ini mendapat sambutan daripada ahli-ahli KRT dalam Daerah Gombak. 

  Penceramah bengkel terdiri dari En. Roslan B. Seman (Pen. Pengarah Bhg. Pembangunan Komuniti), Pn Juliana Edrayanti Bt. Johari (PPP Zon Rawang) & Pn Salasiah Bt. Hashim (Peg. Perpaduan Daerah Gombak).





   

 

20 November 2012

Konvokensyen dan Tabikarama Tabika Perpaduan tahun 2012

  Pada tanggal 10 November 2012 yang lepas, satu Majlis Konvokensyen dan Tabikarama Tabika Perpaduan 2012 telah berlansung di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Gombak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang diPertua Puspanita JPNIN Negeri Selangor. Majlis ini juga telah menghimpunkan semua murid Tabika Perpaduan yang berumur 6 tahun yang telah tamat belajar untuk menerima sijil tamat belajar.

Gambar berikut menunjukkan perjalanan aktiviti Majlis ini :-











 

Kem JatiDiri Jiran Muda 2012

  Satu Kem JatiDiri Jiran Muda 2012 telah dilaksanakan pada 9-11 November 2012 di Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Ulu Yam, Selangor Darul Ehsan. Kem ini dianjurkan secara bersama oleh JPNIN Daerah Gombak dan KRT Kg. Laksamana. Program ini dirasmikan oleh wakil Pengarah JPNIN Negeri Selangor.
Peserta yang menyertai program ini adalah wakil Jiran Muda seluruh Daerah Gombak.

Berikut adalah gambar-gambar sewaktu hari kejadian :-






12 November 2012

JPNIN Gombak Mengucapkan: Selamat Menyambut Deepavali..

Happy Deepavali..

31 October 2012

Karnival Perpaduan (Minggu Perpaduan) JPNIN Daerah Gombak

Karnival ini telah dilaksanakan pada 20 Oktober 2012 (Sabtu) bertempat di Pusat Rukun Tetangga Kg. Melayu Wira Damai. Antara Pengisian program adalah Pertandingan Membaca dan Bercerita  Peringkat Akhir, Acara Kanak-Kanak (Mewarna, Lego dan Kolaj Bunga Raya), Senamrobik Perpaduan, Ceramah Kesihatan dan Gerai Jualan.
 
Selain itu, program juga turut menyelitkan penyerahan cenderahati dan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan di peringkat Daerah Gombak. Antaranya adalah pemenang Pertandingan KRT Tercantik sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Bowling Rukun Tetangga Peringkat Daerah Gombak, Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Tabika Perpaduan, Pertandingan Membaca dan Bercerita Kanak-Kanak Tabika Perpaduan, Pertandingan Kanak-Kanak (Mewarna, Lego dan Kolaj Bunga Raya) serta Pertandingan Gerai Jiran Wanita Tercantik.
 
Program telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Tn. Hj. Abdul Halim bin Omar, Pengarah JPNIN Selangor merangkap perasmian bangunan Pusat Rukun Tetangga Kg. Melayu Wira Damai dan Perpustakaan Permainan JPNIN Gombak.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan program tersebut. Syabas!!
 
 

11 October 2012

Pertandingan Membaca & Bercerita Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Anjuran JPNIN Daerah Gombak 2012

Satu Pertandingan Membaca & Bercerita Kanak-Kanak Tabika Perpaduan anjuran JPNIN Daerah Gombak telah dijalankan pada 9 & 10 Oktober 2012 yang lepas. Pertandingan ini dijalankan di Perpustakaan Permainan JPNIN Gombak di Kg. Melayu Wira Damai. Seramai 57 orang kanak-kanak Tabika Perpaduan dalam Daerah Gombak menyertai Pertandingan Membaca dan Bercerita ini.

JPNIN Daerah Gombak juga telah menjemput Pegawai Perpustakaan Daerah Gombak Pn. Nor Chempawan sebagai salah seorang dari panel juri untuk perrtandingan ini. Pertandingan yang berlansung selama dua hari ini (Saringan) akan bersambung pada 20/21 Oktober 2012 (Akhir). Di mana para peserta kanak-kanak yang layak ke peringkat akhir akan berjuang berhabis-habisan untuk menentukan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.


    
*Syabas kepada Ahli Jawatankuasa Pertandingan dalam menjayakan pertandingan ini.

KRT Danau Rebung Capai Kejayaan Raih Tempat Ke-2 Keseluruhan Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor

Sukacita dan dengan hormatnya dimaklumkan bahawa KRT Danau Rebung telah memenangi tempat ke-2 sebagai Naib Johan dalam Pertandingan akhir KRT Tercantik bersempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor. Tahniah!

Kemenangan KRT Danau Rebung ini sekaligus membuktikan bahawa kawasan Rukun Tetangga di Daerah Gombak juga mampu bersaing dengan jayanya. Kejayaan KRT Danau Rebung ini sekaligus membanggakan seluruh masyarakat Daerah Gombak amnya dan JPNIN Daerah Gombak khususnya.

Semoga kemenangan ini dapat dijadikan inspirasi bagi KRT-KRT lain dalam Daerah Gombak untuk terus memajukan KRT mereka seterusnya dapat menjadikan KRT sebagai antara entiti utama dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan membantu dalam penyampaian dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat.   Go... Gombak... Go...

4 October 2012

Pertandingan Kercerian dan Kebersihan Tabika Perpaduan 2012 anjuran JPNIN Daaerah Gombak

Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Tabika Perpaduan 2012 anjuran pihak JPNIN Daerah Gombak telah dilaksanakan pada  11-13 (Zon Gombak & Batu Caves) & 18-20 (Zon Sg. Buloh & Rawang) September 2012 yang lepas dan penilaian peringkat akhir pada 27 & 28 September 2012.

Tahniah dan syabas kepada 3 kelas dari Zon Gombak & Batu Caves dan 3 kelas dari Zon Sg. Buloh & Rawang yang telah layak bersaing ke peringkat akhir pada 27 & 28 September 2012. 3 buah kelas terbaik dari 6 kelas yang layak akan dipilih oleh panel penilai untuk memenangi tempat ketiga hingga johan dalam pertandingan ini.

6 kelas Tabika Perpaduan yang layak ke peringkat akhir ialah :-
    
          Zon Sg. Buloh & Rawang
  1. TP Taman Tun Teja A
  2. TP Birchwood Court
  3. TP Pusat Kawalan Kusta Negara
          Zon Gombak & Batu Caves
  1. TP Kg. Tengah Lembah A
  2. TP Taman Sri Gombak A
  3. TP Pangsapuri Nuri
Kelas yang berjaya memenangi pertandingan ini adalah:-

Johan = TP Taman Sri Gombak A
N. Johan = TP Kg. Tengah Lembah A
Ketiga = TP Taman Tun Teja A

Tahniah dan Syabas Diucapkan.


Berikut adalah gambar Pertandingan Tabika Perpaduan tercantik :-


















Pertandingan KRT Tercantik Bersempena dengan Kempen Kibar Jalur Gemilang

Pertandingan KRT Tercantik bersempena dengan Kempen Kibar Jalur Gemilang telah dilaksanakan pada 1 Ogos hingga 6 September 2012. Pertandingan ini telah disertai lebih dari 12 buah KRT dalam Daerah Gombak yang bersaing untuk mewakili Daerah Gombak ke pertandingan peringkat negeri Selangor.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat melalui penglibatan Kawasan Rukun Tetangga dan setiap individu dalam komuniti setempat agar melibatkan diri dengan iltizam yang tinggi dalam Kibar Kempen Jalur Gemilang.

Tuah kepada KRT Pangsapuri Danau Rebung yang telah memenangi tempat pertama sekaligus menjadi wakil daerah Gombak ke Pertandingan KRT Tercantik di Peringkat Negeri Selangor. Tempat kedua pula dimenangi oleh KRT Azalea Court manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh KRT Pansapuri Bukit Baru. Syabas dan Tahniah!

 
 

15 August 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri



Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Dari warga JPNIN Daerah Gombak

Bermacam-macam Jenis Hidangan Raya,
Termasuk juga kueh Keria,
Andai kata ada tersilap kata & terkasar bahasa,
Ampun Maaf Kami pinta..

3 August 2012

Langkah-langkah Pemantauan Kehilangan Aset Alih Kerajaan Di Pejabat Dan Tabika Perpaduan

1. Pemilihan lokasi Tabika Perpaduan dan keselamatan bangunan yang diduduki.
2. Memastikan keselamtan mengikut Garis Panduan Pejabat Ketua Keselamatan Negara dan Prosidur atau peraturan lain yang berkuatkuasa (Peraturan Tabika, Pekeliling Pengurusan Aset-Pekeliling Perbendeharaan bil. 5 Tahun 2007 dan Pekeliling ICT).
3. Lokasi Tabika Perpaduan adalah tumpuan ramai.
4. Mestilah berpagar dan pintu serta tingkap dipasang geriji besi.
5. Menjalankan gotong-royong dengan mendapatkan kerjasama Guru Tabika dan AJK RT untuk membersihkan kawasan tabika dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan (sekiranya peruntukan pembaikan tiada).
6. Menjalankan mesyuarat atau perbincangan berterusan dengan mengambilkira isu-isu keselamatan dan melaksanakan pemantauan berkala di semua peringkat.
7. Membuat dan menetapkan Klasifikasi Keselamatan Tabika perpaduan berdasarkan tahap risiko tabika iaitu tinggi (merah), kuning (sederhana), dan hijau (rendah). Maklumat klasifikasi perlu dikemukakan ke Ibu Pejabat/Pejabat Negeri.
8. Memastikan Pemilik bangunan menginsurankan bangunan (samada insuran kebakaran/kecurian) dan menyerahkan salinan polisi kepada PPD sebelum penyewaan dibuat.

1 August 2012

Mesyuarat Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Daerah Gombak Bil 2/2012

      Pada tarikh 19 Mei 2012 yang lepas, satu Mesyuarat Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Daerah Gombak telah dilaksanakan di Dewan Taman Permata A, Hulu Klang. Mesyuarat dihadiri oleh pengerusi-pengerusi KRT Daerah Gombak serta pegawai dan staff JPNIN Daerah Gombak.

31 July 2012

Mesyuarat Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Daerah Gombak Bil 1/2012

   Pada tarikh 19 Februari 2012 yang lepas, satu Mesyuarat Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Daerah Gombak telah dilaksanakan di Dewan Taman Permata A, Hulu Klang. Mesyuarat dihadiri oleh pengerusi-pengerusi KRT Daerah Gombak serta pegawai dan staff JPNIN Daerah Gombak.

Mesyuarat Guru Dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak Bil 3/2012

    Pada tarikh 13 Jun 2012 yang lepas, satu mesyuarat Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak kali ke-3 telah diadakan di Tabika Perpaduan Pangsapuri Birchwood Court, Selangor. Mesyuarat telah dihadiri oleh Guru dan Penolong Guru Daerah Gombak serta pegawai dan staff JPNIN Gombak. 

Mesyuarat Guru Dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak Bil 2/2012

    Pada tarikh 29 Mac 2012 yang lepas, satu mesyuarat Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak kali ke-2 telah diadakan di Tabika Perpaduan Taman Sri Gombak A, Selangor. Mesyuarat telah dihadiri oleh Guru dan Penolong Guru Daerah Gombak serta pegawai dan staff JPNIN Gombak. 

Mesyuarat Guru Dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak Bil 1/2012

    Pada tarikh 20 Januari 2012 yang lepas, satu Mesyuarat Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Daerah Gombak telah diadakan di Tabika Perpaduan Bandar Baru Selayang Fasa 2A, Batu Caves, Selangor. Mesyuarat telah dihadiri oleh Guru dan Penolong Guru Daerah Gombak serta pegawai dan staff JPNIN Gombak. 

19 July 2012

Bengkel Kebersihan Dan Keceriaan Kelas Tabika Perpaduan Pada 30 Jun 2012

  Pada 30 Jun 2012 yang lepas, satu Program Bengkel Kebersihan dan Keceriaan Tabika Perpaduan telah diadakan di Tabika Perpaduan Kg. Laksamana. Program anjuran JPNIN Gombak ini adalah untuk para Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan. Penceramah jemputan untuk program ini ialah Pn. Hairizah Bt. Mahmood.

Guru dan Pen. Guru sedang Khuysuk mendengar ceramah

Pn. Hairizah Bt. Mahmood kelihatan sedang besiap sedia untuk memberi ceramah

Kelihatan Pn Salasiah sedang memberi taklimat kepada Guru dan Penolong Guru